JOHOR BAHRU 7 Jan. – Seramai 97 individu ditahan kerana positif penggunaan pelbagai jenis dadah menerusi Ops Hibur di sebuah pusat hiburan di sekitar Seri Alam, di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, dalam serbuan pada 2.10 pagi, mereka yang ditahan adalah hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas 240 pengunjung kelab itu.

“Daripada 97 individu itu, seramai 60 individu daripadanya adalah lelaki tempatan, 17 lelaki Indonesia, tiga lelaki Singapura serta 17 wanita tempatan,” katanya dalam kenyataan, di sini sebentar tadi.



Tambahnya, semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, beliau berkata, menerusi serbuan sama, seramai 26 wanita Indonesia ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 39b Peraturan-Peraturan Imigresen.

“Turut ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor ialah seorang lelaki dan seorang wanita mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan seorang wanita Seksyen 6(4) Enakmen Negeri Johor,” katanya. – UTUSAN ONLINE




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 19 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.