WASHINGTON 7 Jan. – Kapal pemusnah peluru berpandu terarah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS McCampbell berlayar berdekatan pulau pertikaian di Laut China Selatan meskipun ketika dialog perdagangan bermula antara AS dan China.

Menurut jurucakap Armada Pasifik AS, Rachel McMarr, pelayaran tersebut dibuat di Pulau Paracel bagi ‘mencabar tuntutan maritim keterlaluan’.

AS dan sekutunya dari masa ke semasa menghantar kapal terbang dan perang melalui kawasan itu yang dituntut oleh China bagi menyatakan hak merentasi perairan di bawah undang-undang antarabangsa.

Terdahulu, China telah membina kemudahan tentera di pulau berkenaan yang menimbulkan kemarahan. – AFP




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 56 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.