SONGKLA, 27 Dis (Bernama) — Wilayah Songkla di selatan Thailand terus bergolak apabila enam lagi bom dilapor diletupkan di beberapa daerah di wilayah yang terletak berhampiran sempadan Malaysia -Thailand itu hari ini.

Gabenor Wilayah Songkla Wiranan Penjang berkata letupan terbabit menyasarkan tiang-tiang elektrik namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Kami percaya letupan bom itu berkait dengan kejadian serangan bom di Pantai Samila lewat malam tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.






(Visited 22 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.