RISIKO MENJADI PENJAMIN

Mesti anda di luar sana pernah terbaca atau pernah ada pengalaman menjadi seorang penjamin pinjaman kepada kawan-kawan, suadara mara atau ahli keluarga.

TANGGUNGJAWAB MEMBAYAR PINJAMAN JIKA PEMINJAM MUNGKIR



Fikirlah dengan berhati-hati sebelum anda membuat keputusan kerana sebagai penjamin pinjaman, sekiranya peminjam gagal atau enggan membuat bayaran, anda adalah terikat dari segi undang-undang untuk membayar balik pinjaman tersebut.



HAK MENDAPAT SALINAN KONRTRAK PINJAMA & MAKLUMAT BAKI TERTUNGGAK

Sekiranya anda setuju menjadi penjamin, pastikan sudah memahami ciri jaminan tersebut dan kesannya. Pastikan anda tidak menandatangani dokumen kosong atau borang yang tidak lengkap.

Jangan menjadi penjamin kepada orang yang anda sangsi akan kemampuannya membayar balik pinjaman. Sedar akan tanggungjawab yang perlu anda hadapi sekiranya terdapat pindaan yang dibuat kepada terma dan syarat pinjaman.

Bukanlah mudah sekiranya anda ingin menarik diri sebagai penjamin. Namun demikian, keputusan terletak kepada institusi kewangan berkenaan, yang mungkin setuju dengan penarikan diri anda dengan syarat bahawa anda perlu membuat pembayaran penuh baki pinjaman.

KESAN KEPADA PENJAMIN

Ingat! Sekiranya peminjam meninggal dunia dan tidak ada sumber alternatif, institusi kewangan berhak menuntut bayaran daripada penjamin.

Jadi #JomBeringat sebelum terkena, bak kata orang baik berpada-pada, jahat jangan sekali. Niat yang pada mulanya ingin membantu tetapi akhirnya memakan diri.

Sumber Info : https://www.akpk.org.my/
Sumber Imej : Bank Negara Malaysia



(Visited 29 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.