Dadah RM35 Juta Dirampas di Kampar


KAMPAR, 6 Dis (Bernama) – Polis Perak melumpuhkan satu sindiket memproses dadah pelbagai jenis selepas menyerbu sebuah stor dan sebuah premis yang dijadikan makmal mini memproses dengan merampas dadah terbabit bernilai keseluruhan RM35 juta dan menahan empat ahli sindiket pada Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata makmal mini tersebut berselindung di sebalik premis pangsapuri di Taman Kolej Perdana di sini manakala tempat penyimpanan dadah terletak di sebuah stor di kawasan Perindustrian Gopeng.

“Empat lelaki warga tempatan berumur 26 hingga 39 tahun yang berada di stor semasa operasi pada 7.45 malam, 4 Dis turut ditahan dan direman bermula semalam hingga 11 Dis ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my






(Visited 7 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.