TAWAR KHIDMAT SEKS – GUNA APLIKASI WECHAT & BEETALK


Taktik sekumpulan pelacur warga asing menawarkan seks melalui aplikasi WeChat dan Beetalk akhirnya terbongkar selepas mereka diserbu Jabatan Imigresen Pulau Pinang yang membuat risikan dan mendapat maklumat awam.

Mereka menjadikan sebuah hotel di Jalan Ranggoon, George Town sebagai lokasi untuk beroperasi.

Difahamkan, golongan pelacur ini dikawal sindiket dan hanya pelanggan yang ditapis terlebih dahulu dibenarkan masuk ke hotel berkenaan untuk mendapatkan khidmat seks.



Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Khwaja Banthey Navaz Mohamad Haneef berkata, dalam operasi selama tiga jam yang bermula jam 9 malam tadi, seramai 10 pelacur wanita warga Thailand, Indonesia dan Myanmar ditahan.

Katanya, ketika serbuan dijalankan ada diantara mereka yang sedang asyik melayan pelanggan sehingga tidak sedar hotel berkenaan diserbu penguatkuasa.

Kesemua mereka yang ditahan berusia diantara 20 hingga 35 tahun dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka dengan berkhidmat sebagai pelacur di hotel berkenaan.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen di Seberang Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke Depo Tahanan Warga Asing di Juru untuk tindakan lanjut.







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my






(Visited 13 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.