Keadaan Muhammad Adib makin positif, mampu beri respons – IJN


KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Anggota bomba yang cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Muhammad Adib Mohd Kassim yang diletakkan dalam keadaan koma secara perubatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, kini sudah sedar dan menunjukkan perkembangan positif pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata keadaan anggota bomba berusia 24 tahun itu semakin baik dan beliau mampu memberi tindak balas terhadap sesetengah arahan verbal pakar perubatan.

“Kami merumuskan keadaan beliau sebagai kritikal namun stabil. Kami selaku petugas perubatan berasa gembira dengan perkembangan beliau dalam tempoh 24 dan 48 jam lalu.



“Pagi ini beliau terjaga dan faham akan sesetengah arahan serta boleh menggerakkan bibirnya. Ini petanda positif yang menyatakan fungsi otaknya bermungkinan okey,” katanya pada sidang media, di sini.

Dari segi fungsi organ-organ lain, Dr Mohd Azhari berkata keadaan Muhammad Adib stabil sepanjang malam tadi dengan bantuan mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO), peralatan yang membantu jantung dan paru-parunya berfungsi dengan baik.

Katanya Muhammad Adib masih perlu menjalani rawatan dialisis dan dijangkakan beliau memerlukan mesin itu sekurang-kurangnya selama dua hari.







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my






(Visited 7 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.