Sultan Kedah berkenan menziarah Muhammad Adib


KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini berkenan menziarahi Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah ketika rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya pada 26 Nov lepas.

Baginda berangkat tiba di perkarangan Institut Jantung Negara (IJN) pada 12 tengah hari tadi, disambut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Azmin Osman dan Pengarah JBPM Kuala Lumpur Nordin Pauzi.

Sultan Sallehuddin kemudiannya berkenan meluangkan masa hampir 30 minit menziarahi Muhammad Adib yang juga merupakan anak jati Kuala Kedah, Kedah.



Dalam kejadian awal pagi Selasa, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.

Muhammad Adib yang mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan lain sebelum ini, dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dipindahkan ke IJN lewat malam Selasa.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my






(Visited 9 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.