Tiga ditembak mati ketika kawal keselamatan pasar malam


SONGKLA, 26 Nov (Bernama) — Dua anggota keselamatan dan seorang penolong ketua kampung mati ditembak ketika bertugas mengawal keselamatan di pasar malam Kampung Thayi, Thepa di wilayah Songkla.

Ketiga-tiga mereka ditembak ketika berada dalam sebuah pondok dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang semalam (waktu tempatan).

“Empat penyerang dipercayai melarikan diri menggunakan dua motosikal. Dua laras senapang M-16 dan pistol 9mm milik mereka turut dilarikan penyerang,” kata ketua Balai Polis Huai Peling Kol Suwat Cek Daud di sini.







Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 97 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.