Bukan perbalahan kaum – @PDRMsia


KOTA BHARU, 26 Nov (Bernama) — Kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor awal pagi ini bukan melibatkan perbalahan antara kaum, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata siasatan awal mendapati ia dipercayai berpunca daripada proses pengambilan tanah di kawasan tersebut yang dikatakan dibuat dengan “cara yang kurang menyenangkan” antara pemilik tanah dan pihak kuil.

“Mungkin pihak yang nak ambil alih mengupah sekumpulan lelaki Melayu untuk memudahkan mereka ambil alih kawasan tersebut. Ada kemungkinan mereka ini kumpulan samseng, dan pastilah kumpulan berbangsa India cuba mempertahankan (pencerobohan).



“Saya perlu jelaskan kerana ia menjadi satu isu sensitif (buat masa ini) dan saya tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan. Tak ada isu berkaitan pergaduhan antara kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara 2018 kepada 344 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.





Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 5 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.