JOHOR BAHRU, 25 Nov (Bernama) — Hasil siasatan berhubung kebakaran wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HAS) di sini dua tahun lepas akan dibentangkan kepada Kabinet terlebih dahulu sebelum didedahkan kepada umum.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebarang hasil siasatan harus dibentangkan kepada kabinet terlebih kerana ia dijalankan oleh sebuah jawatankuasa khas di bawah kabinet.

“Saya mohon maaf kerana pasti semua pihak menanti-nantikan laporan dan pendedahan itu hari ini tetapi saya tidak punya kedudukan dan punca kuasa untuk mendedahkannya, ia perlu dibentangkan kepada Kabinet sebelum didedahkan,” kata kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Permai di sini, lewat petang ini.







Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 16 times, 1 visits today)
Please follow and like us:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.