Seekor Bangkai Dugong jantan telah di jumpai terdampar di Pulau Sibu. Melalui pemeiksaan dari Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Johor dan maklumat dari pihak penyelidik MarCet Dugong ini merupakan mangsa tersimpul di jarring, disebabkan ada kesan-kesan lebam jaring di bahagian badan dan di sekitar mulutnya.

Saya amat prihatin dengan kejadian kematian Dugong ini dan ini merupakan kejadian kedua yang berlaku pada tahun 2017.



Kejadian seumpama ini boleh menjejaskan usaha-usaha pengwujudan Santuari Dugong Johor dan saya menegaskan agar semua agensi yang telibat agar mempercepatkan proses pewartaan dan menjalankan penguatkuasaan bagi mengurangkan isu ini dari terus berlaku.

Kerajaan Negeri telah memperuntukan satu Juta Ringgit Malaysia bagi usaha-usaha pemuliharaan Dugong di Negeri Johor dan pewujudan Santuari Dugong.

Seluas 150,000ha kawasan perairan diantara Pulau Besar, Pulau Rawa dan Pulau Sibu dicadangakan diwartakan bagi melindungi mamalia Dugong. Dianggarkan kurang dari 100 ekor Dugong mendiami kawasan yang dicadangan dan mempunyai sumber makanan yang mencukup dengan padang rumput laut yang besar.

Kerajaan Negeri akan melindungi dugong ini dan amat dukacita atas kematian yang berlaku ini. Sekian

YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT
PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR, PENDIDIKAN DAN PENERANGAN NEGERI JOHOR
8 SEPTEMBER 2017



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 13 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.