Zahid, Waytha Moorthy antara sembilan yang akan dipanggil @PDRMsia


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy antara sembilan individu yang akan dipanggil pihak polis berhubung kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan perkauman di laman sosial.

Tujuh lagi ialah Presiden Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah; Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata Chiong Yoke Kong; ADUN Tras Chow Yu Hui; Pengerusi Gabungan 3 Ragvinder Singh dan Timbalannya Amran Ahmad Nor serta blogger Lau Shan Thean dan Muhamad Edi Mohamad Riyas atau Edi Rejang.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.



“Polis memandang serius kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman dan agama sehingga timbul kegelisahan dan kegusaran masyarakat.

“Isu yang dimainkan ini jika tidak dikawal dan diurus dengan baik akan menjurus kepada keadaan yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.






Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 9 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.