Suami pengasuh didakwa bunuh bayi


KAJANG, 23 Nov (Bernama) — Seorang tukang gunting rambut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi berusia 11 bulan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara dua minggu lalu.

Hazmi Majid, 36, yang merupakan suami kepada pengasuh bayi itu hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah.

Dia didakwa telah membunuh dan menyebabkan kematian bayi perempuan itu di sebuah rumah di Apartment Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi dekat sini, antara 10.30 pagi dan 1.30 tengah hari, 7 Nov lalu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.



Mahkamah menetapkan 17 Jan ini untuk sebutan semula kes dan laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Isteri tertuduh yang juga pengasuh Nur Muazara Ulfa dilepaskan dengan bon dan akan menjadi saksi pendakwaan bagi kes ini.






Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 7 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.