PERMAISURI JOHOR RASMI WAD HEMATOLOGI TUNKU LAKSAMANA JOHOR DI HSA


PERMAISURI JOHOR RASMI WAD HEMATOLOGI TUNKU LAKSAMANA JOHOR DI HSA

DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan merasmikan Wad Hemotologi Tunku Laksamana Johor di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru hari ini (23 November).

Penubuhan Wad Hemotologi itu merupakan ilham Tuanku Permaisuri Johor dengan dijayakan oleh Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) yang membiayai kos pengubahsuaian wad berkenaan.



Ia merupakan langkah penambahbaikan kepada perkhidmatan klinikal hematologi di HSA yang telah diwujudkan sejak tahun 2000, sekali gus menjadikan HSA sebagai pusat yang menyediakan rawatan hematologi berkualiti kepada masyarakat.

Unit Hematologi HSA kini mempunyai dua pakar perunding dan dua pakar pelatih dengan dibantu 21 jururawat serta lapan pembantu perawatan pesakit.

Ia juga kini berfungsi sebagai pusat rujukan untuk zon selatan Semenanjung Malaysia yang turut memberikan perundingan dan rawatan kepada semua hospital di negeri Johor.

#theroyaljohor





Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 36 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.