DISYAKI DERA ANAK TIRI SEHINGGA MENINGGAL DUNIA: @PDRMsia BURU BOY TIGER


SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung derita dipercayai akibat didera sebelum hayatnya berakhir dalam keadaan menyayat hati.

Kanak-kanak berusia 3 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Ampang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, mangsa sebelum itu telah dihantar oleh ibu kandung dan bapa tirinya ke hospital berkenaan, kira-kira jam 12 tengah hari kerana tidak sedarkan diri.

“Doktor yang memeriksa mangsa mendapati terdapat beberapa kesan luka dan lebam di muka, perut dan anggota badan.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia sebelum satu laporan polis telah dibuat pegawai perubatan terbabit,” katanya kepada pemberita selepas program Media Talk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

(Visited 9 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.