4 lelaki minta suapan RM2 juta direman 6 hari


PUTRAJAYA, 10 Nov (Bernama) – Empat lelaki yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan sebanyak RM2 juta untuk menyelesaikan kes melibatkan seorang individu bergelar ‘Datuk Seri’.

Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan mengeluarkan perintah reman terhadap keempat-empat lelaki yang berusia antara 33 dan 49 tahun itu bermula hari ini sehingga 15 Nov.

Sebelum itu, keempat-empat lelaki yang memakai baju lokap SPRM dan bergari tiba di perkarangan Mahkamah Putrajaya pada 9.10 pagi.






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 17 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.