Malaysia hargai bantuan Jepun


TOKYO, 6 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe dan kerajaannya membantu meringankan masalah kewangan Malaysia.

Dr Mahathir yang kini dalam lawatan kerja tiga hari ke negara itu bermula semalam, turut menghargai sikap positif Abe serta kerajaan yang prihatin terhadap kekangan kewangan Malaysia dengan mengambil tindakan sewajarnya.

“Perdana Menteri Abe turut memberi jaminan mengenai kesediaan Jepun untuk menimbang permintaan Malaysia sekiranya kita berhasrat mendapatkan bantuan negara itu pada masa depan,” katanya pada sidang media bersama dengan Abe, di sini, hari ini.

Kerajaan Malaysia telah merakamkan penghargaan kepada kerajaan Jepun bagi tawaran jaminan penerbitan bon Samurai sehingga 200 bilion yen (RM7.4 bilion) pada tempoh 10 tahun.

Pada pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata tawaran itu dibuat berikutan keyakinan kerajaan Jepun terhadap pentadbiran dan kepimpinan Dr Mahathir.






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 7 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.