Nazri, Hadamkan Perlahan-Lahan – @TPJ1

Johor Bahru, 4 Nov 2018 – Bekas Wakil Rakyat Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat atau lebih dikenali sebagai Datuk Tengku Putra Jumat mengeluarkan kenyataan berkenaan siaran laporan akhbar oleh YB Datuk Seri Nazri Aziz.

Laporan akhbar itu menyentuh persetujuan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa gabungan Barisan Nasional (BN) kalah di dalam pilihan raya umum ke-14 kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketika diajukan soalan berkenaan laporan akhbar terebut kepada Datuk Tengku Putra Jumat, beliau membalasnya dari sudut lain.

“Nazri Aziz perlu ingat bahawa kekalahan BN di PRU14 bukan sahaja kerana persepsi terhadap 1MDB tetapi REALITI cukai yang dikenalkan kementeriannya ke atas 19 juta umat Islam yang berhajat menundaikan UMRAH”, dimulai oleh Datuk Tengku Putra Jumat dengan tarikan nafas yang mendalam panjangnya.

“Kelangsungan menunaikan ibadah, jangan disandarkan kepada wang ringgit,” tegasnya.

Syarikat yang dipertanggungjawabkan pula dikatakan diberi kepada orang Melayu dan bertopengkan Cina yang memakan gaji di hadapan muka.

“Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di luar negara di atas urusan kerajaan di waktu itu telah mengambil keputusan veto untuk membatalkan keputusan Nazri itu, namun ianya tidak berkesan kerana kemarahan umat Islam dalam negara telahpun berlaku,” sambung Datuk Tengku Putra Jumat.

Di antara punca kekalahan BN di PRU14 adalah wujud dari langkah Datuk Seri Nazri Aziz ingin mengenakan cukai kepada umat Islam Malaysia sebelum menunaikan ibadah Umrah di tanah suci Mekah.

“Selain dari keputusan-keputusan seperti yang di buat oleh Nazri, banyak lagi perkara yang menyumbang kepada kekalahan kita”, sambung beliau.

“Di Johor umpamanya, skandal perumahan yang menggegarkan negeri tidak lama sebelum PRU 14 telah menjadi punca kejatuhan BN, tidak termasuk lagi kenyataan oleh seorang kerabat yang telah jauh salah baca pengaruhnya di kalangan Bangsa Johor.”

Jalan yang paling senang kini untuk mengelak pertanggungjawaban masing-masing adalah menyalahkan kerajaan pusat ketika itu.

“Harap janganlah ada lagi dikalangan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang hendak menjual diri mengecil-kecilkan usaha Parti untuk terus berjuang sebagai Pembangkang yang berfungsi berbanding dengan mereka yang duduk diam dengan “price tag jualan murah” terlekat di dahi kepala mereka,” diakhiri kenyataan Datuk Tengku Putra Jumat berkenaan laporan akhbar kekalahan BN di PRU14.



(Visited 2564 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.