KEKANDA KEPADA TUNKU BESAR TAMPIN – MANGKAT AWAL PAGI TADI [4 NOV 2018]

Kekanda kepada Tunku Besar Tampin, Tengku Shazelin Tunku Syed Idrus Al-Qadri mangkat awal pagi tadi akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Allahyarham, yang merupakan kekanda kepada Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Serdang kira-kira pukul 1.30 pagi tadi pada usia 58 tahun.

Menurut Pegawai Balai Pejabat Tunku Besar Tampin Mohd Daud Janor kepada Bernama jenazah Allahyarham telah dikafankan dan dimandikan di Hospital Serdang dan kemudian terus dibawa ke Masjid Jamek Tunku Besar Tampin untuk solat jenazah pada pukul 11 pagi.

Jenazah selamat disemadikan di Makam Diraja Tampin yang terletak di Masjid Jamek Tunku Besar Tampin pada pukul 11.30 pagi.






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 9 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.