KUANTAN, 31 Okt (Bernama) — Tiga beradik termasuk seorang pegawai agensi kerajaan dan dua rakan mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan menggunakan pistol pada Rabu lepas.

Muhamad Aminruddin Kamal Bashah, 31; Muhammad Nur Adnan Shah Kamal Bashah, 29; Muhammad Suhaimi Abdullah, 20; Abdullah Saat, 56; Muhmmad Rezal Kamal Bashah, 39; membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan, kelima-lima suspek telah bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan iaitu merompak satu tan metrik sotong yang bernilai RM20,000 di atas sebuah bot nelayan yang diketuai tekong warga asing dengan menggunakan sepucuk pistol.







Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








(Visited 11 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.