SIK, 28 Okt (Bernama) — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyasarkan jawatan kader Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 di setiap 13 depoh tahanan imigresen di Semenanjung dan Sarawak akan dapat diwujudkan dan diisi menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini telah mengemukakan cadangan itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas melawat Depoh Tahanan Imigresen di Semenyih, Selangor baru-baru ini.

Katanya keperluan untuk mewujudkan 13 jawatan kader itu bagi membolehkan mereka dapat ditempatkan di depoh tahanan imigresen selepas waktu pejabat khusus untuk kes-kes kecemasan yang berlaku pada tempoh itu.






Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








(Visited 21 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.