Rosmah dan dua anak beri keterangan berkaitan 1MDB

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini, bersama dua orang anaknya bagi memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang berbaju kurung putih tiba pada pukul 9.45 pagi bersama dua anaknya iaitu Riza Aziz dan Mohd Norashman yang juga dijangka memberi keterangan berhubung kes yang sama.

Rosmah sebelum ini dijadual memberi keterangan kepada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) semalam namun proses itu diminta ditangguhkan pada hari ini.





Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






(Visited 9 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.