Kes Musa cabar pelantikan Mohd Shafie

KOTA KINABALU, 25 Okt (Bernama) — Suasana di sekitar Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu setakat ini masih terkawal, namun beberapa penyokong Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kelihatan mula berkumpul di perkarangan mahkamah.

Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar penghujahan lisan yang dijadual berlangsung pada 2.30 petang ini, mengenai tindakan undang-undang oleh bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang mencabar pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri baharu pada 12 Mei.

Kesemua penyokong terbabit yang turut ingin mendengar penghujahan lisan itu bagaimanapun hanya dibenarkan berdiri di luar kompleks mahkamah dan pengamal media serta petugas mahkamah sahaja dibenarkan masuk ke dalam bangunan berkenaan.

Tinjauan Bernama mendapati semua pintu masuk dan jalan utama ke kompleks mahkamah itu dikawal ketat oleh pihak polis bagi mengelak berlaku sebarang situasi tidak diingini.





Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






(Visited 3 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.