KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung dakwaan persaingan tidak sihat antara perkhidmatan teksi dan e-hailing, Grab.

Yang Dipertuanya Kamarudin Mohd Hussain mendakwa terdapat beberapa bukti wujudnya manipulasi melalui aplikasi Grab yang menyebabkan tambang teksi lebih mahal daripada kadar sebenar.

“Pihak MyCC telah menerima aduan kami (GTSM). Saya juga telah memberikan bukti-bukti kepada MyCC untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas membuat aduan tersebut di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di sini hari ini.






Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






(Visited 184 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.