GEORGE TOWN, 22 Okt (Bernama) — “Saya pasti mayat itu adik saya…tengok saja jari kaki kiri mayat itu bengkok (cacat), saya tahu itu adalah adik saya,” kata Mohammad Khaliluddin selepas membuat pengecaman mangsa tanah runtuh di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

Mohammad Khaliluddin, 38, yang baru tiba dari Kuala Lumpur berkata beliau mendapat gambar mayat mangsa ketujuh yang ditemui dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus itu melalui kiriman WhatsApp rakan adiknya dari tempat kejadian.

Semalam, mayat Mohamad Abd Jalil, 31, ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian anggota badan serta kepala tercerai daripada tubuh di bawah timbunan tanah pada kedalaman 10 meter.



Badan serta kepalanya ditemui pada pukul 4.50 petang semalam di sempadan sektor 2 dan 3 manakala tangan kiri dan kaki kanan belum dijumpai.

Mohammad Khaliluddin berkata sebaik mendapat kiriman gambar itu, beliau menghantarnya kepada ibu mereka di Bangladesh





Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






(Visited 20 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.