JOHOR BAHRU, 20 Okt (Bernama) — Satu pelan induk pelancongan khusus untuk Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) akan diwujudkan sebagai usaha menjadikan kawasan berkenaan destinasi pilihan pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata pelan itu dijangka diwujudkan bermula tahun depan untuk mengenal pasti lokasi dan produk pelancongan yang boleh dikomersialkan.

“Selama ini saya tekankan untuk membangunkan produk pelancongan tempatan di semua daerah kerana setiap daerah mempunyai keunikan tersendiri. Jadi tanggungjawab sekarang bagaimana kita gabung dan pakej kesemua produk tersebut untuk dipromosi,” katanya kepada pemberita semasa lawatannya ke lokasi pelancongan sekitar Pasir Gudang, di sini hari ini.







Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






(Visited 6 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.