Oleh Zaphne Philip

KUCHING, 22 Okt (Bernama) – Dengan kedudukannya di bangunan Rumah Mahkamah Lama di bahagian bandar lama Kuching, pengunjung yang ingin meninjau sejenak sejarah sebelum kemerdekaan Sarawak akan dengan mudah mengesan bangunan Muzium Ranee.

Muzium Ranee, yang dilancarkan secara rasmi pada 24 Sept lepas oleh pengasas ‘Brooke Heritage Trust’, Jason Brooke, yang juga keturunan Charles Brooke, memaparkan sejarah dan warisan budaya Sarawak.



Muzium itu mempamerkan satu koleksi unik mengandungi artifak yang berhubung dengan kehidupan menarik seorang legenda dan legasi sejarah iaitu Margaret de Windt, yang mengahwini Rajah Sarawak yang kedua pada 1869

Ia juga begitu rapi mendokumenkan untuk tatapan penduduk tempatan bahawa Margaret de Windt adalah ‘the Ranee” atau “Mem Ranee’, permaisuri pertama Rajah Sarawak.





Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.