PERMAISURI JOHOR MAHU PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN MATA DITAMBAH BAIK

DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah bertitah supaya perkhidmatan pemeriksaan mata di seluruh negara ditambah baik.

Baginda bertitah usaha sedemikian akan bantu mencegah kebutaan atau masalah penglihatan.

“Masyarakat perlu diberi kesedaran supaya bersama-sama berusaha mencegah kebutaan dan penglihatan terhad yang sebenarnya ada di antaranya boleh dielakkan.



“Penerangan dan pendidikan kearah mencapai matlamat ini hendaklah dipertingkatkan dan sebagai gandingannya, saringan penglihatan dan kemudahan mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan mata hendaklah diperluaskan, samada di hospital kerajaan, swasta dan klinik,” titah Baginda.

Raja Zarith Sofiah bertitah demikian ketika merasmikan sambutan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 di Johor Bahru, hari ini (11 Oktober).

Berangkat sama , isteri Tunku Mahkota Johor, YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam.

Bertemakan “Eyecare Everywhere” pada tahun ini, Hari Penglihatan Sedunia merupakan sebahagian pelan tindakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mencegah kebutaan dan juga penglihatan terhad yang boleh dielakkan.

Ia mempromosikan penjagaan kesihatan mata yang terancang dan berterusan kepada masyarakat.

#theroyaljohor
#royalpressoffice
#johor
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

(Visited 6 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.