Purata 7 kes bunuh diri sehari di Malaysia

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata gejala bunuh diri dalam kalangan masyarakat Malaysia yang semakin menjadi-jadi tidak lagi boleh dipandang remeh.

Menurut Dr Wan Azizah, di sebalik kajian Pusat Daftar Bunuh Diri Kebangsaan 2009 yang menunjukkan kadar bunuh diri masih lagi rendah iaitu 1.18 peratus bagi setiap 100,000 penduduk, namun ramai pakar berpendapat jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi.

“Anggarannya hampir 2,500 kes bunuh diri setiap tahun atau secara puratanya tujuh kes setiap hari,” katanya.

Majlis Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018 bertemakan “Golongan Muda dan Kesihatan Mental dalam Perubahan Dunia” itu turut dihadiri Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi Yayasan Kesihatan Mental Malaysia Tan Sri Hashim Meon.




Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

(Visited 9 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com