PORT DICKSON, 8 Okt (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Pakatan Harapan (PH) akan diberikan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi membolehkan kerajaan terus bekerja untuk rakyat.

Perdana Menteri berkata kerajaan baharu mahu meneruskan kerja demi negara dan bukan untuk pemimpin-pemimpin dalam gabungan PH.




Justeru, katanya, melalui PRK itu, penduduk kawasan Parlimen Port Dickson diharap dapat memberi kemenangan kepada calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH, berkata barisan kepimpinan PH akan tetap bekerja untuk negara dan rakyat Malaysia yang telah memberi peluang kepada gabungan itu untuk mengambil alih penyadbiran negara.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Mahathir-Anwar Gandingan Mantap Harapan Malaysia di PD Waterfront di sini, malam ini.

PRK Parlimen Port Dickson akan menyaksikan pertandingan tujuh penjuru di antara Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta lima calon Bebas.

(Visited 16 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.