Berang ditegur hisap dadah, anak penggal kepala bapa

IPOH, 9 Okt (Bernama) — Seorang bapa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dipenggal kepalanya oleh anak lelakinya yang berang ditegur menghisap dadah di dalam rumah di Kampung Kanthan Baru di sini, menurut polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abdul Rahman berkata dalam kejadian tengah malam tadi, suspek berusia 52 tahun itu telah membunuh bapanya yang berumur 74 tahun ketika dipercayai sedang khayal dadah jenis Syabu.

Menurut Yahya, pihaknya menerima laporan awam kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi sebelum sepasukan polis ke lokasi kejadian dan terserempak dengan suspek yang kemudiannya membawa polis ke rumahnya.



(Visited 8 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com