BALIKPAPAN, 4 Okt (Bernama) — Pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menerbangkan bantuan kemanusiaan berupa makanan dan jentera berat untuk misi kemanusiaan bencana gempa dan tsunami di Sulawesi hanya dibenarkan membawa bantuan tersebut ke Balikpapan di Kalimantan.

Pegawai Memerintah 22 Skuadron Leftenan Kolonel Baharin Mohamad berkata keputusan supaya pesawat itu tidak mendarat di Palu, iaitu kawasan yang terlibat dengan bencana itu, dibuat atas faktor keselamatan.

“Kita difahamkan terdapat sedikit kerosakan pada landasan di Palu dan pihak berkuasa Indonesia tidak membenarkan pendaratan pesawat besar seperti A400M.



“Dari Balikpapan, barang bantuan kemanusiaan akan diterbangkan menggunakan pesawat C-130H milik TUDM dan pesawat Tentera Udara Indonesia, yang juga pesawat C-130H,” katanya yang menyertai misi bantuan kemanusiaan TUDM ke Sulawesi di sini hari ini.

(Visited 17 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.