KEPULANGAN WIRA KAMPUNG TIAN

MATU, (Sarawak), 4 Okt (Bernama) — Lebih 500 penduduk Kampung Tian dan kawasan sekitarnya memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Yahya Ali, salah seorang daripada enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terkorban dalam tragedi operasi mencari dan menyelamat di sebuah lombong di Puchong, semalam.

Jenazah beliau yang diterbangkan dengan menggunakan helikopter JBPM tiba di sini pada 6.17 petang dan diiringi oleh Pengarah JBPM Sarawak, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Khirudin Drahman serta Penolong Pengarah Operasi Bomba negeri, Tiong Ling Hii.

Orang ramai yang hadir di padang bola sepak Kampung Tian terus berasak-asak mendekati helikopter itu sebaik sahaja ia mendarat bagi melihat keranda arwah Yahya yang ditutupi Jalur Gemilang.

Jenazah dibawa ke rumah keluarga yang terletak tidak sampai lima minit dari situ.

(Visited 18 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com