Tragedi Lombong: Mayat remaja lelaki ditemui

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Mayat remaja lelaki yang lemas selepas terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong di sini semalam, ditemui 5.45 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata mayat Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, ditemui terapung 800 meter dari lokasi kejadian.

“Mayat remaja itu ditemui oleh anggota bomba yang membuat pemeriksaan di kawasan itu.

“Ahli keluarga mangsa juga telah dimaklumkan mengenai penemuan itu dan telah mengesahkan itu adalah anaknya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

(Visited 52 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com