MIMPI BURUK ISTERI JADI KENYATAAN

KUANTAN, 4 Okt (Bernama) — Isteri kepada Mohd Fatah Hashim, anggota bomba yang terkorban dalam tragedi lemas di Puchong semalam, tidak menyangka mimpi buruk tentang kematian suaminya yang dialami sejak dua minggu menjadi kenyataan semalam.

Nur Nadia Kamaludin, 29, berkata, dia berulang kali mimpi berkenaan dan pernah menceritakan tentang perkara itu kepada suaminya, namun Mohd Fatah, 34, hanya ketawa.

“Suami hanya menganggap itu mainan tidur dan saya tidak menyangka perkara yang saya takuti itu (kematian suami) akhirnya berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Beserah, di sini petang ini.



(Visited 18 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.