Takda kena mengena dengan pilihan raya, kata Mat Sabu

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menafikan berkempen untuk calon Pakatan Harapan bagi Pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggunakan sumber kerajaan dan jawatannya sebagai menteri pertahanan.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu sebelum itu mengumumkan bantuan peruntukan RM500,000 untuk membaiki kerosakan rumah dan prasarana yang perlu bagi Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 21 September lalu.

“Tak ada kena mengena dengan pilihan raya sebelum hari mengundi. Serah pada SRPM la (kalau ada unsur rasuah).



“Tak..itu saya (umum sebagai kapasiti) Menteri Pertahanan. Saya ada dalam kem (ketika itu), (jadi) saya umum,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis penganugerahan pingat pesara tentera di Muzium Tentera Port Dickson yang turut menyaksikan penampilan mengejut Anwar.

Jelas Mat Sabu lagi, beliau turut mengumumkan peruntukan dalam satu majlis di Kem Wardieburn di Titiwangsa sebelum pengumuman pada 21 September itu.

(Visited 92 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.