BUKIT MERTAJAM, 3 Okt (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah melupuskan pelbagai barangan berjenama tiruan serta cakera padat (CD) melibatkan 175 kes bernilai RM1.26 juta bermula Jan hingga Oktober tahun ini.

Pengarahnya, Mohd Ridzuan Abd Ghapar berkata, jumlah kes tersebut adalah berdasarkan kes rampasan barangan perlanggaran ke atas harta intelek mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Hakcipta 1987.

(Visited 16 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.