CEO Bernama Bersara

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) diingatkan agar menyampaikan berita secara cepat dan tepat sebagai mendepani cabaran teknologi masa kini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zulkefli Salleh.

Bagaimanapun, tindakan itu perlu diiringi dengan etika kewartawanan dan mematuhi undang-undang sedia ada bagi mengelak berita berunsur fitnah.

“Kata kunci adalah cepat dan tepat kerana kehadiran internet menyebabkan orang ramai menjadi ‘wartawan’. Jangan biarkan orang ramai sampaikan berita palsu dan tidak tepat,” katanya selepas menyampaikan amanat bersempena perhimpunan bulanan Bernama di sini.



Terdahulu ketika menyampaikan amanat, Zulkefli, yang bersara hari ini, optimis ingin melihat agensi berusia lebih 50 tahun itu menghasilkan produk berkualiti selain terus diberi kepercayaan dalam menghasilkan berita berlandaskan undang-undang.

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1648909

(Visited 8 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.