13 kontraktor direman enam hari bagi membantu siasatan berkaitan kes tuntutan palsu lebih 90 ribu ringgit untuk penganjuran Liga Sukan Daerah pada 2015.

Perintah reman dikeluarkan Majistret, Siti Hajar Ali bermula hari ini hingga 7 Oktober.

Permohonan reman dilakukan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohamad Anis Redza Mohamad Anwar.



Kesemua 13 individu berkenaan terdiri daripada 11 lelaki dan dua wanita daripada syarikat berlainan berusia antara 30 hingga 60-direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda 5 kali nilai suapan atau 10 ribu ringgit dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Kesemua mereka tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 10.30 pagi dengan berpakaian lokap SPRM.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan juga akan dijalankan bagi mengesan penglibatan penjawat awam dalam kes berkenaan.

Semalam, 17 individu terdiri daripada 12 lelaki dan 5 wanita ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam membuat tuntutan palsu, 4 daripada mereka diikat jamin.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 24 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.