LONDON, 2 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kecewa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak memiliki ciri seperti bapanya Tun Abdul Razak Hussein, yang merupakan individu yang beliau sanjungi.

Dr Mahathir berkata Tun Abdul Razak adalah orang yang begitu prihatin dengan nasib orang kampung termasuk memperkenalkan pembangunan kawasan luar bandar namun anaknya tidak sedemikan.

Menurutnya, Najib tiba-tiba memberitahunya mengenai ‘cash is king’.



“Bila kita kata ‘cash is king’ bermakna dengan duit kita boleh buat apa sahaja. Bila tak ada duit, curi duitlah,” katanya kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja siri kedua ke United Kingdom pada Isnin.

Beliau turut kecewa dengan kerosakan jentera kerajaan yang berlaku pada pentadbiran Najib apabila terdapat pegawai-pegawai kerajaan yang berkempen semasa pilihan raya.

Dr Mahathir berkata ketika beliau menjadi perdana menteri pertama kali pada tahun 1981, tiada masalah berlaku dengan jentera kerajaan.

“Tiada masalah, cuma nak buat keputusan berkenaan perkara ini, perkara itu dan perkara ini. Jentera kerajaan berjalan dengan baik,” katanya mengenai pengalaman ketika mula menjadi perdana menteri pada 1981 sehingga 2003.

(Visited 11 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.