Misi kurangkan hutang negara

LONDON, 1 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan mengalami masalah kekurangan dana kerana ia dibebani dengan hutang negara melebihi RM1.0 trilion yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Katanya sebahagian besar daripada wang kerajaan akan digunakan untuk membayar hutang.

“Inilah keutamaan kita kini, iaitu untuk menyelesaikan masalah hutang ini,” katanya dengan menambah kegagalan berbuat demikian boleh membawa kepada risiko negara menjadi bankrap.



(Visited 5 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.