Reman Azeez Disambung

PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya selama enam hari lagi bagi membantu siasatan kes rasuah.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanjutkan tahanan reman terhadap kedua-dua lelaki itu bermula esok sehingga 5 Okt ini.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek, yang juga sepupu Abdul Azeez, dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin selepas SPRM tidak meminta lanjutan reman.



(Visited 12 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.