KUALA LUMPUR, 28 Sept – Ramai yang menjangkakan malam perasmian persidangan sayap-sayap pergerakan UMNO Malaysia di Dewan Merdeka PWTC bakal hambar dan lengang.

Namun ternyata sangkaan tersebut meleset sama sekali. Dewan keramat ini penuh dengan kehadiran akar umbi dari Wanita, Pemuda dan Puteri seluruh bahagian bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bagi wakil Wanita Pasir Salak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, kehadiran ramai perwakilan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ini jelas menunjukkan akar umbi masih terus bersemangat membina parti keramat ini dari kajatuhan.



“Semangat akar umbi masih utuh dan tidak luntur. Mala mini jelas menunjukkan semua sayap masih terus mempercayai perjuangan UMNO.

“Maka marilah kita jadikan ucapan Timbalan Presiden sebagai suntikan untuk kita bangkit dengan semangat baru, cara kerja baru dan jangan putus semangat. Kita akan terus mara dengan cara berbeza dan belajar dari kesilapan yang lepas,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Wakil Wanita Kota Melaka Haryaty Hamzah pula berpendapat, kehadiran ramai akar umbi pada malam ini ternyata menolak sangkaan kononnya perhimpunan kali ini akan lengang.

“Inilah sokongan luar biasa. Bila saya tengok viral di media sosial dalam dan luar dewan penuh, saya amat terharu. Inilah satu mesej bahawa parti UMNO adalah parti yang masih relevan untuk memayungi bangsa Melayu dan rakyat negara ini secara keseluruhan.” Jelasnya.

Semangat yang luar biasa… itulah pandangan wakil Puteri Kuantan, Fadwah Anuwar. Jelas beliau, walaupun UMNO tewas pada pilihan raya yang lalu tetapi kehadiran pada mala mini jelas menunjukkan UMNO masih kuat, teguh dan kukuh.

“Selaku sayap yang muda, saya berasa amat bangga dapat melihat kehadiran yang ramai ini. Inilah kebangkitan UMNO. Masa bersedih telah tamat.. sekarang masa untuk bekerja,” katanya.

Sementara itu, wakil Puteri Kota Bharu Nurul Najihah Yasim turut melahirkan perasaan terharu melihat begitu ramai perwakilan sayap-sayap membanjiri PWTC sekaligus memenuhi Dewan Merdeka.

“Inilah bukti bahawa anak muda masih percaya kepada parti UMNO yang boleh membela bangsa Melayu. Kita akan makin kuat… Insha Allah,” ujarnya.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian Mohamad Hasan turut menggariskan tiga faktor penting yang mendasari kegagalan parti keramat UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Menurut Mohamad, faktor pertama ialah impak globalisasi yang dipacu oleh kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi sehingga melahirkan generasi yang bukan sekadar mengangguk dan mengiyakan semua perkara atau ‘comfirmist’.

Kedua, modenisasi Malaysia telah melahirkan generasi Melayu yang tidak lagi mempunyai nilai dan hubungan sentimental dengan UMNO dan ketiga, kegagalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk berubah mengikut tuntutan sezaman. Struktur, budaya, dasar dan pemikiran politik UMNO dan BN adalah citra kurun ke-20, sedang Malaysia telah jauh berada dalam kurun ke-21. – MediaUMNO




(Visited 18 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.