Rampasan 4,000 Liter Arak Tiruan

PELABUHAN KLANG, 28 Sept (Bernama) — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lebih 4,000 liter minuman keras pelbagai jenama menerusi 220 serbuan di beberapa premis menjual arak di sekitar Lembah Klang susulan kes keracunan arak yang mengorbankan banyak nyawa, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T.Subromaniam.

Beliau berkata dalam operasi itu yang bermula sejak kes keracunan itu mendapat liputan meluas, seramai 34 individu termasuk tiga wanita yang sebahagiannya terdiri daripada warga asing ditahan pihaknya setelah disyaki terbabit dalam kegiatan penjualan arak haram dan yang belum lulus kastam.

(Visited 6 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.