KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi 25 pertuduhan jenayah telah selesai membayar wang jaminan berjumlah RM3.5 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hasil semakan di kaunter jamin di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 9 pagi, mendapati Najib, 65, telah selesai membayar wang jaminan itu.

Pada 20 Sept lepas, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM2.282 bilion melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama.



Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi membenarkan Najib dibebaskan dengan wang jamin RM3.5 juta dengan dua penjamin sementera kesnya selesai dan menetapkan 16 Nov untuk sebutan semula kes.

(Visited 8 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.