NEW YORK, 27 Sept (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar pada Rabu, bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan akan bertindak habis-habisan bagi memastikan pentadbirannya itu bebas dari gejala rasuah.

Perdana Menteri berkata, kerajaan dan anggota kabinetnya harus menjadi contoh terbaik dalam usaha memerangi rasuah.

“Perkara pertama yang perlu kita lakukan tentunya memastikan pada pemimpin tidak mengamalkan rasuah. Jika pemimpin itu sendiri rasuah maka kita tidak akan dapat menghentikan rasuah daripada merebak.



“Di mana-mana negara, sedikit sebanyak akan berlakunya rasuah tetapi ideanya adalah untuk memastikan ianya berada pada paras minimum dan ianya dilakukan melalui apa yang kita panggil kepimpinan melalui teladan,” katanya dalam satu panel perbincangan di Bloomberg Buisness Forum, yang di kendalikan oleh Fareed Zakaria dari CNN di sini.

Ahli panel lain ialah Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte; Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan Ketua Pegawai Eksekutif Royal DSM Feike Sijbesma.

Dr Mahathir berada di sini untuk lawatan kerja lima hari menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sesi ke-73.

Dr Mahathir berkata pada masa ini rakyat Malaysia yakin bahawa kerajaan baru telah berjaya menghentikan rasuah yang merupakan ciri kerajaan terdahulu.

(Visited 20 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.