SULTAN JOHOR: RAKYAT PERLU UTAMAKAN KESIHATAN, PASTIKAN DILINDUNGI INSURANS


img class=”aligncenter size-full wp-image-22817″ src=”https://johortimes.my/wp-content/uploads/2018/09/6D927CA2-C8A5-478A-8886-C2D8036F1465.jpeg” alt=”” width=”1680″ height=”1120″ />

SULTAN JOHOR: RAKYAT PERLU UTAMAKAN KESIHATAN, PASTIKAN DILINDUNGI INSURANS

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah rakyat perlu sentiasa menitikberatkan kesihatan, selain melabur dalam insurans kesihatan demi kebaikan diri sendiri dan keluarga.



Baginda bertitah rakyat Malaysia mesti mengutamakan kesihatan dan melabur dalam insurans kesihatan bagi melindungi diri jika mereka menghadapi sebarang penyakit dan kelak tidak beban dengan kos kewangan yang tinggi.

“Insurans kesihatan kini amat berpatutan kadarnya. Jika rakyat mampu untuk membayar langganan bulanan untuk televisyen, mereka patut mampu membayar untuk insurans kesihatan juga.

“Walaupun perkhidmatan kesihatan kerajaan adalah bagus, masalah kesesakan masih menjadi isu. Jika ada insurans, rakyat mempunyai pilihan untuk pergi ke pelbagai hospital swasta yang ada kini,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Tuanku Sultan Ibrahim bertitah demikian selepas menerima pelbagai komen serta aduan rakyat termasuk di laman sosial Facebook rasmi Baginda mengenai jumlah pesakit yang tinggi di sesebuah hospital awam sehingga menyebabkan berlaku kesesakan di wad.

Tuanku Sultan Ibrahim bertitah bahawa beban kewangan yang ditanggung keluarga juga dapat dikurangkan jika mereka dilindungi dengan insurans kesihatan.

“Contohnya, jika ada sesuatu yang buruk menimpa satu-satunya pencari nafkah bagi sesebuah keluarga, bukankah ia sesuatu yang meringankan beban jika ada insurans kesihatan untuk membiayai kos perubatan.

“Sekurang-kurangnya, ia akan memberi sedikit kelegaan kepada keluarga sementara mereka membuat keputusan seterusnya. Justeru, saya amat berharap semua rakyat dapat melabur dalam insurans kesihatan,” titah Baginda.

#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor




Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



(Visited 13 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.