KOTA KINABALU, 26 Sept (Bernama) — Salah seorang daripada dua mangsa yang cedera parah apabila kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh dan diseret kereta api berhampiran Tugu Peringatan Petagas, dekat sini hari ini meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

Mangsa yang dikenali sebagai Daniel Shafwan Omar, 21, meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang tadi akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan akibat tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

(Visited 19 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.