Limpahan Air Deras

IPOH, 26 Sept (Bernama) – Tiada mangsa terlibat dalam insiden limpahan air deras dari lereng bukit yang dilaporkan berlaku di Kilometer 42, berhampiran terowong Simpang Pulai-Ipoh di sini, kira-kira pukul 2.45 petang tadi, berikutan hujan lebat di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Mohd Hilmi Khasfi Mat Zali berkata walaupun hujan sudah mula berhenti, cuma satu lorong sahaja dibuka kepada kenderaan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan.

“Dinding konkrit yang menghalang laluan air telah pecah dan mengakibatkan limpahan air. Orang ramai diminta untuk berhati-hati ketika dalam perjalanan ke Ipoh memandangkan air yang melimpah masih laju,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.



(Visited 7 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.